Friday, April 29, 2011

dah lama tak kena tag..hehe

dengan segala hormatnya, saya akan menjawab kesemua soalan yang telah ditag oleh pinot
yang mungkin sekarang ne dia terpusing-pusing terpenin-penin menunggu jawapan saya..
moh la kita ye...hehe

4 perkara tentang diri saya
1. anak mata bertukar warna (coklat,biru)hehe dasyattt!!
2. mudah simpati pada orang
3. the only doter for my parent
4. shy2 cat..meoowwww

4 nama manja
1. kakak(family)
2. atin (close friend)
3. fatin (friend)
4. tin (sapa ntah y pngil camne..)

4 perkara baik kita buat hari ni
1. bagi didi n dido mam
2. angkatkn baju romate
3. kemas bilik (baiklah tu)
4. jawabkan call untuk pika chu (baik kan??)

4 tempat yang nak sangat pergi
1. rumah !
2. klang
3. pulau perhentian
4. Makkah

4 benda wajib bawa kalau keluar
1. handbag
2. makeup..
3. henfon(text MR.BIBIB n all my dear friends)
4. purse

4 perkara akhir sebelum join contest ni
1. solat
2. makan kuaci
3. blogwalking
4. bergayut bersama monyet saya..HAHAHA

4 orang yang paling sayang dalam dunia
1. Allah dan Rasulullah
2. Family ( cayang sangat Muahhh !)
3. MR.BIBIB a.k.a MUHAMAD ZAIRY B. UZER
4. my dearly friends

4 jenis ragam manusia yang kita jumpa hari ni
1. frenzy
2. pendiam
3. under stress
4. baik hati

4 misi perlu dicapai tahun ni
1. kumpul duit bermillion-million..erkkk??!!
2. guru yang penyabar
3. nak bercuti di.......
4. menjadi lebih peramah

4 tabiat buruk
1. susah nak tegur orang. bkan sumbung cuma pemalu. Ecece. (sama ngn pinot la)
2. sangat suka makan fast food
3. takot pegang hamster
4. suka kacau MR.BIBIB

4 perkara saya fobia
1. xcident moto
2. assigment..waaa..,lariiiii
3. fobia dengar pizza hut,terus terkam itu kedai..haha
4. duiittttttt....

4 sebab join contest ni
1. kena tang dengan pinot
2. sebab tak da keja
3. borink
4. suka jawab tag macam ne..ngee~~

ditag :
kak shap-diari hari-hari cempaka sari
insyirah-cuba menjadi aku

C.I.N.T.A

salam semua

eh2!! jangan ingat bila bicara tentang CINTA mesti nak jiwang-jiwang
owh!!tidak sama sekali..

cinta amat mahal takrifnya
itulah yang difitrahkan oleh ALLAH
kepada hambanya
cinta tertulis pada perkataan
tapi gagal dilihat pada zahirnya
kerna cinta adalah tanggungjawab
di mana wujunya kesetiaan dan kejujuran
ingat pada satu
jujur pada yang setia
setia pada yang kasih
kasih pada yang merindu
rindulah pada yang menyayangimu
cinta tidak akan datang tanpa dicari
cinta tidak akan dapat jika tidak memberi
tapi memcarilah pada yang sudi bukan pada yang simpati
..dan..
memberilah pada yang baik hati
bukan yang tidak berhati budi


akan sampai masanya nanti

~renung-renungkan dan selamat beramal ^_^~

Wednesday, April 27, 2011

a sentence

everything going to be ok
if u know what to do.. :-)

haiyaa...

sekarang ne mula da dok merasa stress
mau taknya kena siapkan 2 fail dan 1 kkp dalam masa 4 hari..
pheeuuwww!! itula suka sangat dok menangguh keja..huhu
sebelum dok menaip entry ne, sempatla jugak tido-tido ayam kejap
padahal mata ne dah berat sangat da
semalam tido agak lewat la kan
so arini nak tido petang supaya malam ne boleh berjaga lagi
tapi banyak betul dugaan nak tido petang hari ne
MR.BIBIB sengaja kacau saya tido..sob2!!!
dia da tau saya nak tido then dia wat2 kol untuk say nothing..
ceyh!! tak pe..tak pe... nak balas dendam ar tu
saya suka kacau dia tido,dan dia pun mula suka kacau saya tido
pastu masuk plak mesej..haiya!!
pastu dapat plak kol dari najmi
dia nak kasi botol susu eh botol air si dido
hmmm..turun bawah dengan muka gila tak bermaya...

klu tengah tido event dengar bunyi mesej pun saya akan mudah terjaga okes..huhu
ringtone mesej y message 1, message 2 smpai 5 tu..
bukannya yang nyanyi panjang melalak tu..
ooohhh...sensitip sangat dengan bunyi time tido..huhu
boleh tak nanti nak wat silent mode time tido??
tidur saya akan bertambah lena agaknya...kikiki

then solat,.perut plak lapo
tadi da mintak romate belikan bun
so apalagi dengan mengantoknya dengan laponya
saya makan sambil baring
wah!!! syahdu bahkan nak tercekik plak..hahaha
dan sekarang ne, saya terpaksa bangon dan terpaksa berblogging???tettttt panjang2...hehe
dah2!! jom kita sambung wat koje... hip2!! hoorayyy!!!! riangnya saya..ceyhhhhhh!!!!!

Sunday, April 24, 2011

lambang cinta

engkau datang bawa harapan
untuk aku yang menanti
datanglah sayang pdadaku
kembalilah dalam dakapku

walau bukan selamanya
doaku tetap padamu
dalam diam ku menangis
hadirlah dalam mimpiku

andainya sayang kau kembali
dalam hidupku
takkan biar kau pergi

kaulah lambang cintaku
dalam suka-duka
hasratku musnah

angin malam pun bersedih
namun kau pun segera
pintaku yang terakhir
kembalilah padaku sayang

akanku semai sejarah
cinta kita selamanya
datanglah sayang padaku
hadirlah dalam mimpiku

andainya sayang kau kembali
dalam hidupku takkan biar kau pergi
kaulah lambang cintaku
dalam suka duka hasrat ku musnah

aku rayu kepadamu
pulanglah kepadaku
ku rindu belaianmu
kau tinggalkan berlagu sayu
ku bersedih berlagu sayu

by : richardo & yohanna



p/s : jom layan...^_^

Friday, April 22, 2011

stress,tensen,tekanan...

assalamualaikum buat semua...

stresskah anda? tensenkah anda?
mari-mari saya ada ubatnya..haha
masing-masing ada cara untuk lepaskan stress..



semua orang mesti pernah rasa stresskan..
tipu la korang kalau tak pernah stress langsung kan..
tambahan pula student cam kita ne..huhu
event baby pun rasa stress uh
walaupun dia tak cakap kan
ok,baby nangis right? sebab apa dia nangis??
sebab dia stress la,stress maknya tak kasi susu ke, lampin da penuh ke n so on la
kan yang berkaitan dengan baby..
tapi baby ne stress dia akan solve bila maknye kasi susu,tukar lampin
tambahan pula baby ne kan akan selalu di belai,so stressnya tak lama la kan

"kan best kalau jadi budak,tak da masalah nak fikir"
kadang-kadang ayat ne mesti terpacul kat mulut korang kan bila korang ngah stress then tambah pula time tu korang nampak kanak-kanak riang yang sedang bermain dengan riangnya(erkkk!!)
rasanya la kan kanak-kanak ne pun stress jugak,sama cam baby tu..
stress pk macam mana nak suwuh mak dia belikan mainan, stress macam mana nak lari dari rumah..eh..eh.. lari ke luar rumah,, maksudnye nak main kat luar la kan..



sepanjang hayat eden ne,rasanya macam-macam stress da eden hadapi..huhu
tambahan pula stress sebagai student ne,rasanya kawan-kawan yang kat luar sana
yang juga bernama student atau yang ex-student yang dah pun graduate memang akan penah rasa sama sebijik sebijan macam yang aku rasa masa tengah study kan?? kan??

meh sini jom kita senaraikan antara sebab penyebab stress or tekanan or tensen yang kemungkinan korang turut pernah rasa...

# kewangan,ne time hujung sem. yang ada hujung bulan tu syukur alhamdulilah la
kan..hehe
# assigment,pemalas wa habaq sama lu,sok kena anta assigment, malam ne baru kalut dok
buat,mau la tak stress kan..haha
# stress dengan pentadbiran IPT, ne memang tak leh wat apa la kan,kita ikut ja noh...
# stress dengan kawan-kawan,biasalah la tu semua orang akan ada kawan baik dan musuh
terbaik
# stress dengan sekolah or student(bagi yang kena praktikum la kan) or tempat anda
berLI
# masalah cintan cintun ne,haaaisssshh!!!

dan sebagainya, bayak sangat la nak senaraikan sebab stress ne...korang senaraikan la sendiri..hikhik

Sunday, April 17, 2011

i'm here now!!!

salam semua...

yeayyy!!! wahai kawan-kawan sekalian ingin ku khabarkan bahawa praktikumku sudah berakhir..hehe
sudah kembali ke maktab untuk menjalani kehidupan seperti biasa,macam sebulan yang lepas..
no more lessons plan,no more students n yang paling penting tiada lagi jeritan murid-murid... dan juga jeritan cikgu patin di dalam kelas..hehe suka nau menjerit..
rasa lega tak payah cakap la,so sekarang ne just tumpukan pada assigment y belum sempat disiapkan lagi...huhu
sepangjang praktikum ne rasanya tak da la tension sangat kot, just kadang-kadang tension dengan budak-budak yang tersangat la hyperaktif dalam kelas..
dalam 2 minggu ne pulak akan ada banyak event kat maktab ,sukan la, karnival permainan kecil la,dan amali haiwan kesayangan..alahai,hamster..ikan...ikan... hamster.. penin-penin..huhu
apa-apa pun,syukur Alhamdulillah sebab praktikum fasa 1 ne berjalan dengan lancar dan tak banyak masalah yang kitorang hadapi...
harap-harap fasa 2 pun gitu la hendaknya,InsyAllah...

nota kaki: hanya ada satu gambar kat sekolah,itupun ada pada ninis... sedih kan?? sibuk sangat sampai tak sempat amik gambar..sibuk kerrr???