Saturday, June 25, 2011

kongsi bersama

assalamualaikum

sekarang ne menghabiskan cuti hujung minggu di rumah mak sedara di pasir gudang
petang tadi menghadiri kursus menghalusi solat
itulah tujuan ke mari selain untuk meminjam toto atau nama mesranya narita daripada mak cik saya..
sila gunakan google anda jika tak tahu apa itu toto atau narita..
toto tu bukan kedai nombor ekor eh..hehe
sebenarnya pinjam ne semua untuk persediaan praktikum nanti..

sebenarnya saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat semasa menghadiri kursus petang tadi

Elak dari meninggalkan solat
• Baca surah IBRAHIM ayat 40

Kaedah tidak tinggalkan solat
• Solat adalah satu jalan ikhtiar supaya solat itu sentiasa di hati
• Rasa ingin menunaikan solat secara tetap dan istiqomah
• Rasa gembira dalam menunaikan solat
• Untuk mendapatkan taufiq, hidayah dan inayah daripada ALLAH S.W.T

Petua tidak tinggalkan solat
• Kesedaran tentang kewajipan solat
• Tanamkan rasa cinta dalam menunaikan ibadah solat
• Rasa bertuah dapat menunaikan solat
• Dapat zahirkan terima kasih melalui solat
• Sedar kaitan kufur dengan orang yang tidak bersolat
• Sedar bertapa keji orang yang tidak solat
• Insaf akibat orang yang tidak bersolat

Cara untuk menasihat
• Hendaklah perkara yang betul
• Gunakan bahasa yang halus dan lembut
• Gunakan bahasa tubuh
• Minta bantuan ALLAH S.W.T

1 comment: